Friday, April 18, 2014

Mesyuarat Penyelarasan KIK Bil.2/2014

Mesyuarat Penyelarasan KIK Bil.2/2014 diadakan pada 17 April 2014 (Khamis), pada 8.00 pagi di bilik mesyuarat PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 6 orang yang terdiri daripada pegawai teknologi pendidikan, pembantu tadbir dan juruteknik komputer PKG kawasan Pulau. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pemurnian tajuk KIK, penyediaan surat penjelasan atas tidak hadir mesyuarat, pembentangan setiap unit tentang perkembangan kerja, perubahan tarikh mesyuarat, penyerahan bahan-bahan untuk tujuan promosi dan hal-hal lain. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.





Ahli-ahli kumpulan sedang berbincang untuk membentuk peta minda.

No comments:

Post a Comment